Tips Mengawal Kemarahan | Janganlah Marah-Marah!
Sekiranya anda mudah marah dan ini berlaku sekurang-kurangnya sekali sehari bermakna anda harus melakukan sesuatu untuk mengawal kemarahan anda. Sikap panas baran bukan sahaja akan menyebabkan anda sukar didekati tapi juga menurut kajian anda lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan juga strok.Oleh itu bagi anda yang mudah marah, berhati-hati dan usahakanlah untuk membuang sikap panas baran tersebut. Cara terbaik untuk anda mengelakkan diri dari ‘meletup’ dan mengawal kemarahan serta mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut adalah dengan berehat sebentar untuk menenangkan diri. Sementara berehat tu lakukan tips mudah mengawal kemarahan berikut.
1. Tarik nafas dalam-dalam.
2. Jauhkan diri dari situasi yang membuatkan anda marah.
3. Cuba mendengar muzik atau lagu yang yang dapat membuatkan anda relaks.
4. Selepas bertenang barulah anda kembali pada situasi sebelumnya.
5. minum teh chamomile atau lemon kerana ia boleh membantu menenangkan diri daripada stress.
6. Kepada mereka yang beragama Islam, ambillah wuduk untuk meredakan kemarahan anda kerana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta dari api. InsyaAllah dengan mengambil wuduk dapat mengawal kemarahan anda
Kemampuan anda mengawal kemarahan akan membuatkan anda lebih tenang dan membantu anda menjadi lebih gembira dan disuaki oleh orang sekeliling. Kemarahan juga akan membuatkan anda nampak lebih tua dari usia anda, oleh itu janganlah marah-marah ok.
ha , .da bce kan ?..s0 spe3 yg rasa x b0ley lg nk buang sifat tuhh cube2 lah amalkan tips ni ea . .INSYALLAH . .dgn IZIN nya ..kite b0ley berubahh . .AMINN . .0key la guys . .aq p0n da ngatuk sngt da niyh . .BFF aq lak asik membebel je , td0 x ikut wktu la . .tp dy tuhh td0 lmbt b0ley pulaxxxx . . ..kejam3..hahaha ..0key dear2 ..bubye . .wassalam. . . . .:))
haa,klau cam 2 klau aq wat hal ko kwl la kmrahan ko yea..hahaxxx,,,
BalasPadamabahkauuuu ! !
BalasPadam